Saturday 14 December 2013

Apa itu senaman kardio?

Ramai individu yang tidak tahu apa itu senaman kardio~~~
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung kita berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Contohnya :-
  • Jogging
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Menari
  • Skipping
  • Lompat bintang
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Secara praktikalnya kita perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan kita  mula menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.

Lemak badan sebagai sumber alternatifSecara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy)mengikut turutan:-
  1. MUSCLE GLYCOGEN – glycogen dalam otot, bersedia untnk dipakai.
  2. LIVER GLYCOGEN – ini sumber glycogen ‘kecemasan’, dipakai apabila ‘Muscle Glycogen’ menjadi rendah.
  3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) – Branched Chain Amino Acids dari protein.
  4. FAT – Ini yang kita perlu buang.
Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari no.1 sampai lah yang no. ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, iaitu lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4). 

Selain jogging, kita boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian kita, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh di atas iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang dinyatakan secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.

Bagi seseorang yang tidak suka jogging, tidak tahu berenang dan tidak bermain skipping, atau tidak pandai main futsal. Ada kaedah atau cara lain?
Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk ‘menghabiskan’ 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.

Tapi bagi individu yang betul-betul ingin menjaga stamina, suka atau tidak, reti atau tidak, berjogginglah, atau lakukan senaman bebanan, selang-seli pada hari yang berbeza.

No comments:

Post a Comment