Friday 13 December 2013

Tip Pemakanan Hebat~~~

Ramai individu telah menyedari kelebihan amalan pemakanan sihat. Anda juga boleh menjadi salah seorang dari individu tersebut (maybe) dengan mengamalkan cadangan mudah di bawah. 

1)    Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan
  • Tiada satu jenis makanan dapat membekalkan kesemua tenaga, nutrian dan komponen makanan berkhasiat yang kita perlukan. Jadi, amalkan diet seimbang dan berkepelbagaian yang merangkumi kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan di Malaysia

2)    Kekalkan berat badan dalam julat sihat
  • Obesiti dan kekurangan berat badan boleh mengundang masalah kesihatan. Kekalkan berat badan sihat dengan makan secara setimpal dan tingkatkan aras aktiviti fizikal. Timbang berat badan secara kerap

3)    Aktif secara fizikal setiap hari
  • Ketidakaktifan secara fizikal boleh mengundang pelbagai penyakit kronik. Jadi, lakukan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda ( contohnya pilih untuk menaiki tangga daripada menggunakan lif dan berjalan ke meja rakan sekerja anda daripada menelefon ). Berjalan pantas setiap hari atau bersukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu

4)    Makan jumlah nasi dan produk bijirin lain (terutamanya bijian penuh) dan ubi-ubian secukupnya 
  • Makanan ini membekalkan tenaga. Pilih bijian penuh atau tidak diproses (contohnya,nasi perang, roti penuh gandum dan bijirin sarapan) untuk kesihatan sistem usus yang lebih baik di samping membantu mengurangkan risiko penyakit kronik

5)    Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran membantu anda daripada pelbagai penyakit kronik. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan buah dan sayur yang berlainan pada setiap hidangan

6)    Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana
  • Makanan ini membekalkan protein, pelbagai nutrient dan komponen makanan berkhasiat yang penting untuk kecergasan. Ikan dan kekacang merupakan pilihan yang lebih sihat, jadikannya sebahagian daripada hidangan harian anda

7)    Ambil susu yang mencukupi
  • Susu merupakan makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai nutrient penting, termasuk kalsium. Kesemua individu patut mengambil susu setiap hari. Ambil yogurt, keju atau produk tenusu lain yang tanpa-laktosa sekiranya anda mengalami masalah toleransi laktosa

8)  Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan
  • Lemak dan minyak membekalkan tenaga, asid lemak perlu dan membantu penyerapan vitamin larut lemak. Namun, pengambilan lemak secara berlebihan menyumbang kepada berat badan berlebihan . hadkan juga pengambilan makanan tinggi kolesterol, lemak haiwan dan asid lemak trans. Kesemua ini menyumbang kepada masalah jantung

9)    Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos
  • Pengambilan natrium yang tinggi berkaitkan dengan tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah berkaitan. Natrium didapati daripada garam dan sumber yang lain, contohnya makanan masin, sos dan perasa tertentu ( contohnya belacan dan cincaluk). Jadi, hadkan pengambilan makanan ini dan kurangkan penggunaan garam

10) Ambil makanan dan minuman rendah gula
  • Mengambil terlalu banyak gula boleh menyebabkan karies gigi dan menyumbang kepada berat badan berlebihan. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman anda dan jadikan produk rendah gula sebagai pilihan yang lebih sihat

11) Minum banyak air setiap hari
  • Air membantu mengawalatur suhu badan, mengekalkan jumlah darah, dan mengangkut nutrient dan badan buangan dalam tubuh. Minum enam hingga lapan gelas air kosong setiap hari dan kekalkan pengambilan cecair daripada makanan dan minuman

12) Amalkan pemberian susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga enam bulan dan terus menyusu sehingga berusia dua tahun
  • Susu ibu adalah pemakanan paling baik untuk bayi dan turut membantu melindunginya dari pelbagai jangkitan. Pada masa yang sama, penyusuan susu ibu memberi manfaat kepada kesihatan para ibu dengan mengurangkan kehilangan darah ketika haid dan risiko kanser payudara dan ovary serta kemungkinan osteoporosis

13) Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih
  • Elakkan penyakit bawaan makanan dengan menyimpan dan menyediakan makanan dengan baik, memasak dengan sempurna dan mengendalikannya dengan bersih. Ketika membeli makanan terproses, periksa tarikh luput dan pastikan bungkusan tidak rosak. Apabila makan di luar, pilih kedai yang bersih

14) Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan secara efektif
  • Gunakan Panel Maklumat Pemakanan (Nutrion Information Panel, NIP) untuk memilih produk yang menepati keperluan anda. NIP menunjukkan jenis dan jumlah nutrient yang terkandung dalam sesejenis produk. Maklumat ini juga boleh digunakan untuk membuat perbandingan Antara produk

No comments:

Post a Comment